Monday, February 23, 2015

Luahan


Hidup ini seperti sebuah cerita. Perjalanan yang jauh membuatkan kita lebih matang mengenal dunia Yang Maha Pencipta. Aku insan biasa. Hidupku juga biasa. Pernah diri ini membandingkan dengan kehidupan orang lain. Detik hati "Bestnya dia semua ada. Nak apa je semua dapat. Aku?" Ustaz pernah cakap "Janganlah kita membandingkan kehidupan kita dengan seseorang yang hidupnya lebih baik dari kita tapi bandingkan kehidupan kita dengan orang nasibnya kurang baik dari kita". Kira bersyukurlah kita hidup makan, pakai, tempat berlindung, duit semuanya ada walaupun tidak semewah yang lain. Kalau mereka yang serba kekurangan tu nak makan pun susah. Wahai hati bersyukurlah apa yang ada. Biar tidak mewah asalkan kita bahagia. Kemewahan adalah ujian yang Allah berikan kepada mereka untuk melihat adakah mereka bersyukur menerima nikmat yang Allah beri. Jika dilihat pelbagai ujian yang Allah turunkan atas apa yang telah kita lakukan dibumiNya. Kiamat sudah semakin menghampiri kita. Risau adakah amalan yang aku lakukan diterima Yang Maha Pencipta. Allah Maha Pengampun. KepadaNya aku memohon keampunan. Adakah Allah ampunkan kesemua dosaku? Ya Allah. Dapatkah aku tinggal di syurgaMu Ya Allah? Wahai kaum Hawa, aku ingin ingatkan serta peringatan bagi diriku jua, ayuh kita perbaiki cara kita menutup aurat terutamanya. Ayuh kita ubah cara pemakaian kita.Labuhkan tudung serta baju yang kita pakai. Tutuplah maruah kita daripada dilihat oleh kaum Adam. Walaupun kita menganggap mereka bukan begitu bukan begini tetapi mereka mempunyai nafsu, mereka juga manusia biasa. Marilah kita laksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangNya. Sama-sama kita mengingati supaya dapat kita jadikan saham untuk akhirat. Tidak berdakwah secara lisan, menulis juga kita boleh berdakwah.
Tiny Hand Pink Bow Tie