![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0meuMVaJpAXTu_lIr6NTLpmfggjRT4id7V-MFZAqdwn6clVkBoSBTdkflEQFbexJPBjU-ers5wKhaqNVo5hwytHI0MkfQKj8LW7fhbwEN0rvMt4m04ksxPv69RgSRrJgkBMI4E-VZQ2WF/s1600/freebies1.png)
"Masa di kelas tadi, bro aka ustaz ada cakap, ada ulama berpendapat yang tanda kiamat matahari terbit dari barat bukan bermaksud matahari tu tukar arah pergerakan, tetapi cara kita hidup sekarang, dimana siang kita tidur manakala malam kita berjaga. Dan kalau maksudnya pintu taubat dah tertutup. Ustaz cakap lagi pintu taubat itu tertutup bukan bermaksud kita dah tidak boleh bertaubat, tetapi orang yang memang jauh dari agama dah tidak boleh bertaubat disebabkan kejahilannya"
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
2. Banyaknya wanita berpakaian tidak menutup aurat dengan SEMPURNA
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
Ayuh sahabatku kita gunakan masa yang singkat ini untuk lakukan sebanyak mungkin ibadat yang boleh. Kita gerak rakan-rakan untuk melakukan ibadat bersama-sama. SubhanaAllah. Kita sama-sama berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan lupa untuk melakukan setiap perkara dengan niat kerana Allah. Hati Tenang Hidup Berkat. In shaa Allah
Sumber : laman islamWahai rakan yang soleh dan solehah jika engkau di masukkan ke Syurga dan engkau dapati aku tiada di sana capailah tangan ku di neraka. Aku mohon.