Tuesday, November 25, 2014

Kita tidak mengetahui

Sekian lama tidak menjengah di sini. Kini kembali untuk menaip cerita yang boleh dikongsi. Wahhhh gitu ayat gramatis sangat. Sahaja hendak merepek di malam hari. Bila dikenang kembali waktu dulu tidak ku bayangkan akan jejakkan kaki ke Universiti. Allah Maha Adil & Maha Mengetahui. Seakan-akan putus harapan setelah menerima keputusan SPM kira-kira 2 tahun yang lalu. Sungguh pantas waktu berlalu. Pelbagai kenangan semasa berada di UiTM Tapah. Walaupun baru 3 sem, tetapi pelbagai kenangan tercoret di ingatan. Lagi 1 tahun untuk aku menamatkan diploma. Allah telah menentukan jalan untuk kita semua. Jangan sedih ataupun give up jika Allah tidak memakbulkan doa kita TETAPI yakinlah bahawa Allah telah aturkan sesuatu yang baik lagi indah untuk kita. Saya bercerita melalui pengalaman sendiri. Maklumlah saya ini bukannya pandai sangat sesuatu ketika dulu pernah berputus asa atas apa yang berlaku. Tertanya-tanya samada Allah tidak pernah dengarkah doaku??? Doaku tidak layak untuk diterima olehNya? Namun segala tanda tanya itu adalah SALAH! Allah telah aturkan sesuatu yang baik lagi indah untukku rupanya. Allah tahu kemampuan kita setakat mana. Menuntut ilmu sebagai pelajar Diploma Sains Komputer bukannya mudah tetapi ku cuba semampu yang boleh. Setakat ini Anugerah Dekan bukan milikku mungkin satu hari nanti. Niat. Mungkin aku perlu betukan kembali niat menuntut ilmu adalah kerana Allah bukan Dekan ataupun pujian yang diperlukan. Jika itu yang kita dapat dikira bonus oleh Allah kepada kita. In shaa Allah. Orang kata hidup di Universiti ini lain daripada dunia persekolahan. Ya! Betul! TAPI perbezaannya ada yang baik ada yang kurang baik. Kita akan berjumpa dengan pelbagai orang dari utara,selatan,timur,barat. Ada yang boleh jadi kawan ada juga yang boleh jadi musuh dan lawan kita. Hidup di Universiti bukanlah tempat honeymoon banyak assignment, test & quiz berderet, project bukan main nak gempak. Tapi semua itu pengalaman yang manis TERBAIK. 

Konklusinya, jangan sekali kita berputus harap kepada Allah. Jika diberi ujian tempuhi dengan tenang dan anggaplah ini adalah sayang Allah untuk kita. Allah hendak kita rapat kepadaNya.
Tiny Hand Pink Bow Tie