Friday, January 11, 2013

Dugaan Allah SWT

Semua orang tahu yang ajal maut di tangan Tuhan.Qada` dan qadar Allah tak ada sapa yaang tahu.Kematian ni boleh jadi bila-bila masa dan dimana kita berada dan tidak mengira usia muda atau tua.Malaikat hanya menunggu perintah dari Allah SWT.(2 Januari 2012-Rabu,Jam 6.10 pm) Mak Long dah xd......
Innalillahiwainnailaihirojiun
 (1 Januari 2012-Selaasa) Kitaorang baru je jumpa arwah.Itulah kali terakhir.Masa dalam perjalanan nak pergi hospital,dah setengah jalan,mak andak pun call bagitahu ????????Kenapa mak long x tunggu kitaorang?Waktu cium dahi arwah sebelum nak dikapankan kami adik-beradik dapat rasa Yaallah...sejuknya dahi mak long dan boleh nampak yang mak long tersenyum.Arwah memang seorang yang baik dan penyanyang.Tak pernah berkira apa yang beliau bagi kepada orang.Dulu,arwah selalu bawa family makan angin merata-rata kitaorang pergi.Setiap kali cuti sekolah mesti arwah selalu cakap benda ni `cuti sekolah kan?mailah duk rumah mak long`.Waktu kecil2 kitaorang adalah tinggal sana.Lepas ni kitaorang x kan dengar dah semua tu :`( emmm.Pagi raya mesti kat kampung penuh dengan lauk yang arwah masak.Memang x boleh bayangkan apa yang jadi raya akan datang.Apa yang terjadi ni terasa bagaikan mimpi semata-mata.Memang tak sangka mak long akan pergi secepat ini.Allah SWT lebih sayangkan arwah.Hanya doa je yang mampu ku beri atas segala jasa arwah kepada keluargaku selama ini.Aku merasa ini adalah peringatan Allah kepada aku sendiri bahawa mati boleh berlaku bila-bila walaupun aku belum bersedia.

Soalan di alam barzakh (hanya ingin berkongsi dan untuk kesedaran kepada diri sendiri)

Malaikat : Siapakah Tuhan kamu ?
 Allah Tuhanku

Malaikat : Siapakah Nabi kamu ?
Nabi Muhammad S.A.W. nabi ku

Malaikat : Apakah Agama mu ?
Islam adalah agama ku 

Malaikat : Siapa Imam kamu ?
Al-Quran adalah Imam ku dan ikutan ku  

Malaikat : Siapakah Saudara kamu ?
Muslimin dan muslimat adalah saudara ku
Semua jawapan ni kita tak perlu hafal pun.Kita akan menjawabnya berdasarkan atas ibadat yang kita lakukan. 

Antara amalan yang dibawa selepas mati :
Sedekah jariah
Ilmu pengetahuan yang bermanfaat 
Doa daripada anak yang soleh 
Tiny Hand Pink Bow Tie